Penjelasan oleh Laksamana Bentan
Tindakan 6 webmaster mereka 'menggantung' operasi mereka dalam alasan sebagai satu protes kepada kepincangan yang berlaku di dalam Parti Keadilan adalah sesuatu yang perlu dilihat oleh semua pihak dengan hati yang jernih.Saya melihat beberapa respon dari responder di FGR mahupun di FeU. Dan saya dapati kita sebetulnya gagal menyelami nurani mereka, hasrat mereka dan perjuangan mereka.Webmaster laman pro-reformasi adalah suara seorang rakyat marhain yang hanya inginkan sebuah kesejahteraan hidup. Suara mereka bukan suara seorang pemimpin parti, bukan juga seorang politikus, bukan seorang ahli korporat.Memang sifatnya manusia ini hanya tahu menerima tetapi sedikit yang mahu bekorban untuk memberi. Ramai antara kita yang hanya tahu menemplak tindakan 6 webmaster tersebut tetapi apakah kita sebetulnya sudah cukup berterima kasih selama ini atas apa yang mereka sumbangkan kepada kita sejak 2 September 1998? Selama saya mengikuti ceramah2 BA belum pernah sekali pun para penceramah memberikan kredit atau sekalung ucapan terima kasih kepada para webmaster ini. Mereka hanya tahu melaung2kan slogan perjuangan parti mereka. Tanpa mahu melihat sedikit pun sumbangan para webmaster ini.Ini terbukti lagi apabila komen dari pemimpin Parti Keadilan sendiri yang menyatakan :"We don't take instructions from people outside the party," Anuar Tahir, secretary-general of KeADILan, told malaysiakini this afternoon.Bagi saya inilah contoh sebuah ucapan bernada angkuh dan sombong dari seorang pemimpin yang nadanya setaraf dengan seorang yang bernama Mahafiraun.Apakah sebegitu hinanya suara para webmaster itu di mata para pemimpin Keadilan? Apakah slogan Keadilan ini hanya untuk orang-orang yang mendaftar sebagai ahli? Kalau inilah caranya, Parti KeAdilan tidak lebih sebuah slogan murni yang dilaung-laungkan tetapi dibelakangnya tetap membawa dan mengamalkan budaya busuk dari UMNO.Ingatlah tanpa pengorbanan para webmaster laman pro-reformasi ini, perjuangan reformasi Dato' Sri Anwar Ibrahim ini saya percaya dan saya yakin sudah lama berkubur. Ianya akan padam dalam tempoh beberapa bulan selepas Anwar Ibrahim ditangkap.Jadi kesimpulannya, renungkanlah semula situasi ini. Perjuangan reformasi BUKAN perjuangan untuk menukar suatu kelompok kepimpinan politik. Tetapi ianya sebuah perjuangan untuk meMADANI sebuah struktur kehidupan masyarakat.Kepada rakan-rakan webmaster, teruskan perjuangan anda. Bertindaklah dengan apa yang kalian fikir betul namun biar tetap dalam semangat musyawarah. Sesungguhnya tidak menyesal orang yang istikharah dan tidak rugi orang yang musyawarah. Kita tetap punya peranan yang besar biarpun yang lain kadangkala hanya memandang kita dengan sebelah mata dan walaupun paman MarhainTua sendiri menganggap kita umpama setitis embun yang baru hanya mahu belajar berenang di arus yang deras dan dalam.....Mohon maaf jika ada kata-kata yang kurang berkenan..Wassalam
counter.bloke.com